Rabu, 11 Februari 2009

Minda Rakyat Harus Bebas Dari Tekanan Politik

Sesungguhnya diera politik masakini rakyat keseluruhannya harus bebas dari tekanan politik."Bebas" disini bermaksud sebarang fahaman dan halatuju politik harus diberikan kebebasan untuk memihak kepada pilihan individu sendiri. Tujuan saya menulis isu adalah untuk memberi peluang rakyat Malaysia berfikir secara bebas dan rasional.Berbagai perkembangan politik terkini diMalaysia menjadikan fikiran kita semakin bercelaru dan gusar akan keselamatan berpolitik dinegara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.


Suasana politik yang tiba-tiba berubah diakhir-akhir ini disebabkan pelbagai faktor yang mempengaruhi politik Malaysia.Antaranya ialah rakyat sudah celik internat, pendedahan berpolitik bermula dari remaja lagi, kebebasan kakitangan kerajaan untuk berpolitik terhad, kerajaan yang memerintah takut kehilangan kuasa. Ini adalah antara sebahagian faktor-faktor yang akan saya kupas pada penulisan ini.


Bila kita mengatakan rakyat sudah celik internat, bermakna pemikiran rakyat dengan sendirinya mengalami perubahan. Kita tidak lagi terkongkong dengan bahan bacaan bercetak tetapi lebih luas lagi bila kita melayari bacaan diinternet, dimana pelbagai pilihan bacaan, pendapat, komen, berforum, tayangan video dan pelbagai lagi kemudahan yang pastinya menjadi pilihan muda dan tua ketika ini. Tidak dinafikan lagi rakyat mula dapat menilai berita2 yang berlaku samada yang melibatkan kerajaan atau pembangkang sering didebatkan dan dberi pendapat samada pro dan kontra. Namun bagi rakyat yang sudah celik minda dengan sendirinya dapat menilai baik buruknya sesuatu isu berdasarkan perspektif sendiri. Maka dengan secara tidak sedar kemudahan internet telah dapat memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan sendiri bila mereka mengundi nanti.

Faktor lain ialah para remaja mendapat pendedahan politik diperingkat sekolah lagi. Sewaktu disekolah rendah para pelajar sudah tahu pilihanraya dan hari mengundi. Setiap kali bila berlaku pilihanraya , maka sekolah adalah tempat pusat pembuangan undi murid-murid terpaksa bercuti dan aktiviti ko-kurikulum mereka terpaksa dihentikan buat sementara.Guru-guru yang terlibat sebagai kakitangan SPR akan sibuk membuat persiapan hari mengundi, maka dengan sendirinya sedikit sebanyak pengajaran akan terabai. Murid-murid menjadi mangsa pada keadaan dimana guru tidak datang ke kelas walaupun ada guru gantian. Bagi murid-murid yang begitu minat untuk belajar dan aktif dalam ko-kurikulum situasi ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi diri mereka bila remaja nanti. Seterusya bila kanak-kanak ini meningkat remaja dan belajar di Institusi pengajian tinggi telah menjadi amalan kerajaan menyerapkan pemikiran pelajar kepada pro kerajaan.Di sinilah bermulanya peluang untuk mereka menyuarakan sikap dan pandangan melalui majlis-majis pelajar yang dipilih pada pilihanraya kampus. Faktor inilah juga yang saya katakan antara faktor yang menjadikan geologi politik Malaysia berubah.


Kebebasan untuk kakitangan kerajaan berpolitik terhad juga merupakan faktor yang mempengaruhi suasana politik semasa. Kalau dahulu kakitangan kerajaan tidak dibenarkan berpolitik secara terang apatah lagi melibatkan parti pembangkang. Sekiranya mereka berani berpolitik secara terang menyokong pembangkang akan adalah tekanan-tekanan dari segi gaji dan kenaikkan pangkat. Mereka terhutang budi kepada kerajaan yang menyediakan biasiswa dan kemudahan pendidikan semasa mereka menjadi pelajar.Sementelahan jika mendapat biasiswa dari JPA ataupun Mara mereka takut hutang yang belum dibayar akan segera dituntut oleh kerajaan jika berpihak kepada pembangkang. Budaya pemikiran inilah yang harus diubah oleh kakitangan kerajaan, mereka seharusnya berani menentang perkara yang tidak betul dengan menyuarakannya semasa pilihanraya. Memang benar bahawa gaji , elaun dan kenaikkan pangkat mereka diberi oleh kerajaan semasa, namun harus diingat walaupun parti mana yang memerintah atau mengambil alih kerajaan gaji, elaun dan kenaikkan pangkat mereka tidak boleh di nafikan oleh kerajaan baru. Anda semua berada didalam sistem demokrasi mengapa anda takut untuk berubah? kecuali mereka yang ada kepentingan peribadi dan banyak melakukan kesilapan dalam tugas akan terus memperjuangkan parti yang menghalalkan mereka membuat perkara-perkara yang akan meruntuhkan kerajaan pada akhirnya.


Akhir sekali faktor yang tidak boleh dinafikan lagi ialah dipihak pemerintah yang takut kehilangan kuasa selama 52 tahun memerintah. Situasi semasa telah memberi gambaran yang sebenar untuk rakyat menilai kenyataan diatas. Faktor ini tidaklah rasanya saya ulas , biarlah rakyat yang melihat dengan minda yang terbuka jika ingin melakukan perubahan pada PRU13

Tulisan ini adalah dari pendapat dan pandangan penulis sendiri yang baru berjinak-jinak dibidang penulisan internet.Sekian terima kasih.

Selasa, 10 Februari 2009

Salam perkenalan kpd semua bloggers.........

Assalamualaikum.wmbth...!!!salam berkenalan buat semua pengunjung budiman.Saya berminat membuka blog ini untuk menulis dan memberi pendapat yang selama ini tersimpan dilubuk hati. Saya juga ingin berkongsi pendapat
dan buah fikiran dengan pengunjung dan pembaca. Marilah sama-sama kita berkongsi idea dan pengalaman untuk
meningkatkan keupayaan berfikir dan berbincang secara lebih berkesan dan berkhemah.Saya tiada pengalaman
langsung dalam penyediaan blok ini...ini adalah pertama kali saya mencuba...sekiranya saudara/i ada pandangan dan buah fikiran sila hantarkan.Sekiranya terdapat apa-apa kekurangan yg terdapat didalam blog saya ini didahuli dengan jutaan ampun dan maaf.dari saya ...SALAM PERKENALAN .....!!!!!!!!!!!!